Apa kaitan ikat rambut ketat-ketat dan tinggi-tinggi ketika dalam pantang ?
Meh akak cerita dan kongsikan sikit apa yang akak terima dari nenek dan mulut orang tua di kampung.
Rambut adalah mahkota wanita. Rambut aset utama bagi wanita. Dari rambut jugalah banyak penyakit boleh datang masa dalam berpantang kalau kita tidak mengikut berpantang dengan betul. Ini kerana ketika proses bersalin normal, semasa proses meneran kita banyak menggunakan keseluruhan urat mata, dahi dan kepala. Oleh kerana itu, urat-urat ini sangat lemah. Mungkin hal ini tiada kajian saintifik, tetapi tiada penafian dibuat dalam perkara ini.
Orang tua dahulu takut dan mempercayai pantang larang berpantang kerana mementingkan keselamatan ibu dan bayi. Percaya atau tidak, tujuan berpantang hanya satu. Ingin atau cara untuk mengelak perkara buruk dari berlaku jika tidak mengikuti atau melanggarnya. Ada benarnya, “Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati”. Kesannya boleh membahayakan ibu itu sendiri atau bayi yang baru lahir. Setiap masa kita melihat kes tragis yang melibatkan “IBU MEROYAN” membunuh anaknya sendiri yang baru lahir di dada akhbar dan media sosial. Jadikan itu sebagai iktibar dan garis panduan untuk tidak berulang pada diri kita nanti.
Selepas bersalin, semasa di hospital lagi kita akan disarankan mengikat rambut setinggi-tinggi dan seketat-ketat yang boleh. Ikatan yang dimaksudkan itu ialah apabila kita merasa kulit kepala tegang dan terasa sedikit perit kesan dari ikatan itu.
Tujuan ikatan rambut yang kuat ini mampu menghalang “ angin jahat “ (bahasa orang tua kampung) memasuki tubuh melalui ubun-ubun, mengelakkan migrain dan rabun selepas berbantang. Paling ditakuti wanita bersalin ialah “angin meroyan”atau “Gila Meroyan”. Kesannya boleh berpanjangan dan berlarutan. Penyakit ini boleh mempengaruhi ibu sehingga sanggup membunuh anaknya yang baru dia sendiri lahirkan.
Bagi yang bersalin czer pula,meskipun urat-urat dikawasan kepala tidak terlibat semasa proses pembedahan, tetapi ibu berpantang secara operate lagi mudah “keteguran angin” atau dimasuki angin luar dari tapak kaki, luka pembedahan atau juga dari ubun-ubun.
Semasa mengandung lagi, orang tua dahulu melarang anak atau cucunya yang mengandung memotong rambut pendek-pendek. Nanti selepas bersalin tidak ada rambut untuk diikat. Tapi kalau dah rambut kita nie jenis pendek, kita digalakkan mengurut ubun-ubun dengan menggunakan minyak panas atau berangin (bahasa kampung) setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur. Amalan ber” PARAM ” dan ber” PILIS ” adalah langkah untuk menghindar ibu dari serangan “angin jahat”. Baunya sebagai terapi untuk kita. Minda kita terasa lapang dan selesa. Semasa berpantang kita tidak boleh “STRESS” dan “kemurungan”. Ini boleh menyebabkan masalah kronik mental. Kesannya pada diri sendiri, bayi dan keluraga.
Coretan ini berdasarkan dari arwah nenek dan orang dulu-dulu. Difikirkan baik amalan in boleh mengikuti amalan ini dan yang sebaliknya berasa tidak penting atau tiada logik tak perlu mengikutinya. Berpantang tiada paksaan. Kesan dan akibatnya kita yang akan merasainya dan akan menanggungnya sorang-sorang.
Yang baik datang dariNYA, Yang buruk datang dari kelemahan akak.
Semoga perkongsian ini menjadi pahala untuk akak.
Jikalau ada yang ingin berkongsi tentang amalan berpantang dahulukala boleh lah berbuat demikian di ruangan komen di bawah. Tidak kira berpantang itu banyak buruk dari baiknya. Kita kongsikan bersama.
Wassalam,
Kak Eja.
Tq kak eja.. penerangan yg sgt bermakna bg kami yg muda2 ❤️