1001 Tips Berpantang|Bijak Tangani Perubahan Fizikal Dan Emosi Selepas Bersalin
Kesan dari emosi

1001 Tips Berpantang|Bijak Tangani Perubahan Fizikal Dan Emosi Selepas Bersalin

Masaalah metal berpantang cara betul

Ibu yang baru melahirkan anak perlu tahu tentang perubahan yang akan mereka rasai dan alami serta bijak untuk mengawal emosi jika perkara ini berlaku pada diri masing-masing.

“Jika tidak bijak atau mudah rasa down ia akan membawa kepada penyakit gangguan mental kalau tidak diatasi dengan baik”.

Antara gangguan mental ialah perubahan emosi normal atau biasa “Kemurungan” dan yang lebih serius penyakit mental ialah “Gila Meroyan”.

Perubahan emosi normal atau biasa tidak membawa kepada penyakit mental jika ditangani dengan baik kerana perubahan kehidupan serta bentuk fizikal (bentuk tubuh) akan kembali normal jika mengikuti nasihat doktor dan mengamalkan cara berpantang dengan betul. Pemilihan pemakanan juga penting untuk mengekalkan kesihatan diri semasa tempoh berpantang. Bagi ibu yang sudah ada pengalaman bersalin, mungkin sudah faham dan sudah biasa untuk menyesuaikan diri dari penyakit ini.

Jauhkan dari memikirkan masalah peribadi, masalah kewangan, masalah rumahtangga dan perkara yang remeh temeh semasa dalam tempoh berpantang. Jika difikirkan terus menerus akan menyebabkan “KEMURUNGAN”. Tempoh berpantang adalah tempoh untuk kita merawat dan memulihkan diri selepas bersalin. Jangan fikirkan perkara-perkara yang berat. Kasihan bayi kita nanti. Beri perhatian penuh pada diri sendiri dan bayi. Memandang dan berkomunikasi dengan bayi salah satu cara terapi minda. Berbual atau bercakap dengan orang sekeliling dapat menghindar diri dari memikirkan perkara yang akan buat kita rasa stress dan down. Jadi ibu yang kuat untuk anak dan keluarga. Suami juga haruslah memainkan peranan utama dalam pemulihan dan rawatan isteri. Jaga emosi isteri dengan percakapan lemah lembut dan membantu membuat rutin isteri sebelum bersalin dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga. Sokongan dari suami adalah senjata paling mujarab dalam merawat emosi isteri selepas bersalin.

Perubahan paling ditakuti oleh ibu semasa mengandung, keguguran atau selepas bersalin adalah penyakit mental serius yang biasanya dipanggil “GILA MEROYAN” . Kesannya boleh berpanjangan dan berlarutan. Gila meroyan adalah kesan dari gangguan emosi terlampau yang kebiasaannya berlaku pada ibu selepas bersalin terutama yang anaknya meninggal selepas bersalin. Saat ini, ibu perlu tabah dan tahap kesabaran yang tinggi untuk mengatasi dari gangguan perasaan dan emosi dalam diri.

Gila meroyan disebabkan dari perasaan resah dan tidak tenang. Emosi tidak stabil juga salah satu puncanya. Disebabkan oleh faktor perasaan dan emosi mengakibatkan si ibu tidak dapat tidur waktu malam. Kalau dibiarkan dan tidak ditangani dengan bijak boleh mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti meracau-racau dan lebih teruk bila sampai tahap bercakap seorang diri. Mereka merasa hidup dalam dunia lain. Jiwa yang kosong!

Kedengaran suara halus (halunisasi dan imaginasi) membuatkan mereka terasa macam ada arahan supaya mencederakan diri, bayi atau orang sekeliling. Ada yang sampai sanggup membunuh diri, bayi dan orang sekeliling. Perasaan benci membuak pada bayi, suami dan orang sekeliling. Ada ibu yang melawan suara-suara ghaib hinggakan seperti sanggup membunuh diri demi bayi dan suami. Kenyataan ini seperti tidak masuk akal, tetapi inilah realiti yang akhir-akhir ini viralkan di dada akhbar, TV dan laman sosial. Tentang kematian bayi di tangan ibunya sendiri.

Suara-suara halus seperti bermain dengan fikiran si ibu supaya mengingati dan mengimbau kisah-kisah duka dan sedih yang pernah dilalui masa lalu dengan gambaran seperti bayangan yang boleh menyebabkan si ibu menangis tanpa kita tahu puncanya. Selepas lama menangis, si ibu akan berasa kebingungan dan cepat untuk merasa marah melihat sekelilingnya. Suara halus yang mendorong si ibu untuk bertindak lebih jauh seperti membunuh adalah paling bahaya. Bahaya pada ibu, bayi dan orang sekeliling.

Dalam Islam sendiri mengajar kita cara-cara untuk mengatasi masalah perasaan dan emosi dengan dekatkan diri dengan Allah. Kuatkan semangat rohani dan jasmani diri. Semasa hamil lagi kita diajar amalkan gaya hidup berprinsip yang berlandaskan Quran dan Sunnah agar  menerima dan redha setiap ujian semasa proses kehamilan dan selepas bersalin.

Sokongan suami dan orang sekeliling penting untuk memastikan si ibu yang sarat mengandung dan selepas bersalin atau tengah berpantang supaya si ibu dalam keadaan sihat dan ceria. Mereka berada dalam emosi yang amat lemah sekali. Mereka mudah merajuk, menangis, memarah dan perasaannya cepat berubah dari riang kepada mendiamkan diri. Mereka mudah menangis secara tiba-tiba. Fizikal mereka letih dan dan kurang tidur kerana berjaga malam. Kesakitan masa melalui proses kelahiran yang sukar bagi kelahiran normal atau pembedahan (czer) juga boleh mengakibatkan gangguan emosi dan perasaan. Di harap suami harus bijak dan tahu cara menangani situasi sebegini. Perbanyakkan suara bacaan quran tidak kira bacaan dari suami atau memainkan dari unit perakam suara.

Keberangkalian ibu yang ada potensi besar untuk mengidap penyakit ini adalah;-

  • Mempunyai rekod salasilah keturunan dan genetik yang pernah mengalaminya.
  • Wanita yang berpengaruh tinggi.
  • Kisah hidup yang sukar dari kecil.
  • Kesan dari pengambilan barang terlarang seperti dadah
  • Pernah kemalangan yang melibatkan kecederaan otak.
  • Sentiasa didatangi tekanan masaalah dan stress.

Dan harus bijak untuk mengatasi sebab-sebab yang boleh menyebabkan perubahan pada emosi dan perasaan seperti;-

  • Dekatkan diri pada Allah.
  • Selalu berfikiran positif.
  • Dapatkan nasihat dan pemantaun dari pakar psikologi.
  • Sibukkan diri dengan perkara yang mendatangkan faedah.
  • Biasakan diri hidup bermasyarakat. Jangan asingkan diri sorang-sorang.
  • Perlu sokongan dari suami dan ahli keluarga.

Harap perkongsian ini dapat membantu dan sebagai garis panduan bagi isteri dan suami dalam masa proses kelahiran dan berpantang supaya di jauhi perkara yang tidak diingini berlaku.       

Harap kita semua dilindungiNya. Selamat semuanya.
“Ibu Sihat Baby Riang Suami Senyum”

Wassalam,
Kak Eja                                  

This Post Has One Comment

Leave a Reply