Nazira
Founder
Semakin hari amalan berpantang bagi ibu-ibu selepas bersalin semakin dipandang ringan, kononnya tidak perlu kerana dalaman badan akan pulih sendiri. Ada pelbagai jenis pantang-larang, sama ada mengikut cara tradisional, moden, termasuklah mengikut Islam. Pendek cerita, berpantang selepas bersalin banyak manfaatnya kalau diamalkan dengan betul dan berterusan.
Tempoh sembilan bulan semasa mengandung semestinya mengubah keadaan luaran dan dalaman badan si ibu. Meskipun amalan seperti bertungku, berurut, mandi herba, bertangas dan berpilis serta minum akar kayu bukanlah yang dituntut agama, para ibu boleh melakukannya untuk membantu kesihatan luaran dan dalaman.
Para ibu perlu faham bahawa tempoh berpantang bukanlah masanya untuk menghilangkan berat badan. Fokus utama berpantang adalah untuk kembali cergas dan sihat.
Kunci utama dalam memastikan kelancaran proses pemulihan selepas bersalin adalah dengan mengambil pendekatan yang menyeluruh semasa tempoh berpantang dengan memastikan rehat yang mencukupi dan merawat diri ketika berpantang.
“Sihat Di Dalam Cantik Di Luar .”
cerita kami
Lebih dari 90 tahun yang lalu bermulalah penglibatan keturunan kami dengan ilmu perbidanan tradisional.
Seperiwayatnya, Bidan Diraja-Yang Chick (Moyang) telah memulakan susur galur ini hasil pembelajarannya dari orang sebelumnya. Sepanjang pembelajaran, pelbagai ilmu perbidanan dan ramuan herba telah diolah untuk mendapatkan yang terbaik bagi memastikan kesihatan luaran dan dalaman pihak bangsawan dahulu kala dan dikhabarkan ramuan dari moyang kami ini sangatlah terkenal dan memberi impak yang sangat bagus kepada pengamalnya dengan izin Allah Jua.
Sebagai ganerasi ke 4, minat itu datang sendiri. Bak kata perpatah mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Mujurlah akak masih berkesempatan meneruskan warisan ini.
Asalnya segan untuk berkongsi ilmu yang diwarisi ini. Maklumlah kami ni hanya bilis sahaja. Sehinggalah satu masa dirasakan kaedah lama ini seakan dilupakan. Bermulalah perkongsian ilmu ini agar tidak di telan zaman.