Rahsia Ubat Ajaib

Selain dari air dan ayat Al-quran, ada lagi satu rahsia besar. Satu jenis ubat ajaib daripada farmasi Rasulullah S.A.W . Jika kita amalkannya, besar kemungkinan kita akan sembuh.

clean clear cold drink

Apa dia ?

Ubat ini jarang orang tahu. Kerana jarang orang teringat dan terbayang. Apabila kita sakit, yang kita teringat terus ke hospital, terus ke doktor, terus ke klinik atau terus ke farmasi. Itu sahaja yang kita ingat. Boleh kata, semua buat tindakan yang sama bila kita sakit.

Ada satu rahsia lain lagi yang sebenarnya mesti dicapai lebih awal terlebih dahulu. Jika sakit, terus capai rahsia ini, baru lah ke doktor, baru ke hospital, jadi seiring kita. Perubatan langit kita capai, perubatan bumi pun kita usahakan.

Apa dia rahsia perubatan yang kita selalu lupakan ini ?

Sabda Nabi S.A.W ;. Ubatilah pesakit-pesakit kamu dengan bersedekah..

Ubat dengan BERSEDEKAH? Sebenarnya SEDEKAH itu UBAT.

Siapa tahu ini ?

Apa rahsia Rasulullah S.A.W menghidangkan ubat ini?

Ubat biasanya dimakan, diminum atau ditelan tetapi ini SEDEKAH.

Apa rahsia Rasulullah S.A.W  menghidangkan ubat ini?

Ubat biasanya dimakan, diminum atau ditelan tetapi ini SEDEKAH.

Sedekah biasanya untuk orang. Bukan orang sakit yang makan, bukan orang yang sakit minum atau yang sakit telan. Ini kerana sedekah untuk orang. Tetapi sedekah. Kita ingat bahawa ini dari Nabi S.A.W.

Nabi itu Allah berfirman; Nabi S.A.W itu bertutur, berkata-kata menurut kemahuannya sendiri, pendapatnya sendiri melaikan apa yang diucapkannya itu adalah wahyu. Wahyu sifatnya adalah BENAR.

Sekarang tentang sedekah, Nabi kita kata berubat dengan sedekah. Baginda suruh kita berubat dengan sedekah. Jadi kita rebut. Apa yang penting bagi kita, kita orang yang beriman jangan abaikan perubatan ini. Mari kita berubat dengan bumi iaitu dari wang RM1, RM5 , RM10 dan sekaligus kita capai juga perubatan langit kita gabungkan keduanya iatu dengan cara bersedekah yang seringgit , lima ringgit atau yang sepuluh ringgit itu kerana ALLAH dan kerana mengikut arahan Nabi S.A.W berubat denganya kerana itu Saidatina Fatimah R.A. apabila beliau hendak bersedekah, beliau lumurkan dulu apa yang nak disedekahkan itu dengan wangian atau dimasukkannya ke dalam benda yang wangi

Orang bertanya kepadanya ; Mengapa Puan lumur pada wangian dirham yang hendak disedekahkankan itu ? Mengapa ? Apa sebab ?

Jawab Saiditina Fatimah R.A; Kerana tahukah kamu, sesungguhnya saya meletakkan dirham itu ke tangan ALLAH terlebih dahulu sebelum ia jatuh ke tangan orang miskin. SUBHANALLAH.

Jadi begitu agungnya SEDEKAH itu. Begitu agung, begitu suci SEDEKAH itu. Sehingga ALLAH terlebih dahulu menjawabNya sebelum ia jatuh ketangan penerima dari kalangan insan. TIDAK hebatkah ini, benda yang bernama SEDEKAH itu ?  TIDAK hebat ? HEBAT, kerana itulah ada arahan daripada Nabi S.A.W; Kamu ubatlah pesakit-pesakit kamu dengan SEDEKAH.

Barangkali orang mahu bukti ? Mana buktinya ? Dunia sekarang mahu BUKTI. Apa buktinya SEDEKAH itu jadi ubat ?

Iman Al- Tarmizi jatuh sakit. Seorang dari muridnya kedengaran berdoa;- Ya Allah sembuhkan Al-Tarmizi kerana ia ini mengajar kami ilmu, ertinya kalau ia terus-menerus sakit ia tidak dapat mengajar kami. Oleh kerana itu sembuhkanlah dia ya Allah.

Malam itu, si murid ini tidur. Dia bermimpi melihat Rasulullah S.A.W dan dia mengadu kepada baginda gurunya Al-Tarmizi sedang sakit. Ia menyatakan ia bimbang pelajaran mereka akan terputus kalau Iman Al-Tarmizi terus menerus sakit.

Maka bersabda Nabi S.A.W kepadanya;- Beritahu Iman-mu Al-Tarmizi, guru-mu Al-Tarmizi supaya menggali telaga di tempat  yang tiada air supaya orang ramai dapat minum air. Ertinya di sini, Nabi S.A.W mengarahkan Iman Al-Tarmizi supaya bersedekah air kepada orang ramai dari telaga yang digalinya.

Murid ini terlalu kerana gembira, sampai dia tidak menunggu subuh. Sebelum fajar lagi ia sudah mengetuk pintu rumah Iman Al-Tarmizi. Saya si Polan murid tuan, tolong buka pintu sekarang ada berita gembira.

Apabila terbit sahaja fajar, Al-Tarmizi terus mengupah orang untuk menggali telaga sebagaimana yang disuruh oleh Nabi S.A.W  melalui muridnya ini. Sebaik-baik sahaja terpaculnya air dari muka bumi, Allah subhanahu wa ta`ala telah menyembuhkan penyakit Al-Tarmizi.

Allah Hu Akbar.

Sekian mengenai SEDEKAH. Satu Ubat Yang Mujarab.  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *