Berpantang | Makan Jamu

Hari pertama hingga ke tujuh, ibu-ibu tak digalakkan makan jamu lagi!
Kenapa?

Kerana jamu panas dan boleh menyebabkan anak kuning teruk dan tali pusat baby belum kering nanti dia sakit kalau susu kita panas…

Tak boleh makan jamu nak makan apa? Tak kan nak biar aja… 😅😅😅

Hari ni akak nak share cara pemakanan dalam tempoh berpantang hari pertama hingga ketiga… Ini resepi turun temurun dari arwah moyang akak… dia dulu bidan diraja… jadi akak ada confident nak share 😅😅😅

Pagi sebelom sarapan :-

-1 biji buah keras dipotong 3 bahagian (satu bahagian satu hari) tumbuk bagi halus
– 1 biji telur ayam kampung ( kena ada 3 biji untuk 3 hari)
– 1 sudu kecil madu

pecahkan 1 biji telur dlm cawan , masokkan buah keras yang dah di tumbuk dan juga madu… gaulkan rata dan minum…

buat 3 hari berturut turut

selain itu carilah akar sempang kederang buat rebusan dan di minum untuk 7 hari… ( sempang kederang lain dari ubat periuk ya… )

ok… nanti share tok hari 4-7 pulak ya…

Selamat beramal adik adik… moga moga lepas habis pantang perut kempis mcm anak dara…. 😘😘😘😘

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *