Berpantang | Mandi Herba

Jom main cerita cerita.
Mesti best dengar ni!

Mandi serum

Sebenarnya banyak rutin yang perlu kita dijalani bila berpantang mengikut adat Melayu. Akak nak kongsi mcm mana cara akak dimandikan dulu… ya cerita cara dan tertib mandi serom… mandi serom yang seeloknya kita buat pada awal pagi.

Daun yang digunakan bagi menyediakan air mandi terdiri daripada daun inai, mengkudu, lengkuas, pandan, serai wangi ditambah dengan hampir 40 jenis akar/ kayu / bunga dan buah. Kata nenek akak kalau org dedulu, ramuan mandian serom ni lebih dari 100 jenis ramuan yg berbeza digunakan. Mana kita nak cari lagi…. dia sebut nama akar bahasa jawa…. kita mana tau nak terjemah….betul kan…. seeloknya ramuan ramuan ini direbus menggunakan periuk tanah. Kalau x da periuk tanah, periok biasa pon ok ja….

Ada beberapa langkah yang disarankan kita buat sebelum seluruh tubuh dibasahkan dengan air rebusan daun.

Biasanya mandi serom ni kita kena lah mintak bantuan. Samaada dari org terdekat atau seeloknya mak bidan yang menjaga dalam pantang. Zaman akak dulu, Waktu mandi serom, kita disuruh duduk di atas bangku, dalam kedudukan melunjur kaki. Kita disuruh membaca selawat sebelum meraup wajah dengan air mandi pertama sebanyak tiga kali.

Sesudah meruap wajah kita barulah jirusan air dibuat. Bermula dari ibujari kaki ke betis sebanyak 3 kali. Seeloknya tukang mandi tu berselawatlah masa menjirus air tu. Selepas itu, dari betis ke peha dan baru dijirus belakang badan sambil memicit belakang . Semasa proses mandi, kalau ada mak bidan yg pandai mereka akan mengurut urat ransang susu dibahagian atas dada kita. Lepas tu barulah dijirus kepala dan satu badan….

Berhemah sekali. Nak mandi pon ada tertibnya kan… bebetol mcm princess… sebab tu daun serom akak akak sediakan 2 pack dlm satu set. Mandi awal berpantang dan akhir berpantang. Siapa nak mandikan kita hari hari kan…. tapi perlu diingat ya adik adik, x kira mandi serom atau x, air mandian kita selama 44 hari tu hendaklah air suam. Jangan sesekali mandi air sejuk ya…..

Selamat mencuba

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *