Salam adik adik…
Lama x menulis ni.. hari ni nak menulis pasal BERTANGAS KERING / berganggang
Banyak betol yang soal boleh x tangas, boleh x tangas? Ha… mai akak ajar tangas yg sebenar benarnya tangas dalam pantang ni macam mana.
Kata nenek akak dulu, dalam pantang ni kita nak kecutkan yang kembang, jadi bebenda yg banyak air ni kena di kurangkan sebab air ni sifatnya mengembangkan. Kerak nasi pon kalau di rendam jadi lembut ia tak? Ha… macam tu lah perumpamaannya…
Sama juga mcm nak keringkan baju… kena lah dengan haba panas bukan dengan wap air. X kering baju kalau kita halakan wap air pada nya… lagi basah mungkin. Bergitu juga ngan rahim kita
Sesudah ja kita meneran keluar baby, / kena czer skali pon rahim kita yang mengembang besar baby tu akan melepek jadi sebesar lebih kurang 3 penumbuk kita ni..
Jadi nak bantu dia kecut balik sampai jadi 7cm tu kenalah kita buat memacam usaha supaya kecut tu kecut yang sihat.
Antara usaha yang sangat famous sekarang adalah dengan BERTANGAS.
Ada pelbagai fungsi tangas dan pelbagai herba yang boleh digunakan untuk bertangas dimana setiap ramuan selalu nya akan ditumpukan pada permasaalahan tersendiri. Begitu juga dengan cara tangas itu dilakukan. Cara bertangas juga perbezaan mengikut permasaalahan. Jadi perlu berpada dalam memilih cara dan herba yang digunakan untuk tangas.
Bagi adik adik yang berpantang, tangas yang paling sesuai di buat adalah TANGAS KERING.
Kenapa perlu kering?
Sebab kita nak mengecutkan.
Lepas bersalin ni rahim kembang, saluran miss v kembang, otot sekitar rahim kembang, urat kembang, badan pon kembang.
Jadi kenapa nak tambah kembangkan dengan air?
Untuk mengecutkan tu kita tangas kering / tangas haba.
Jom belajar bertangas kering. Akak nak bagi tips mudah dan berkesan kali ni…
Macam mana nak bertangas kering?
Bahan bahan yg diperlukan
1- tudung periuk lama
2- batu sungai / tungku tanah
3- pokok semalu
4- cuka makan
5- kain batik
Caranya :-
1- panaskan tungku bio panas betol lah yer… nak membakar pokok semalu tu.
2- tarok pokok semalu atas tudung periuk.
3- tarok tungku panas atas daun semalu biar dia terbakar dan berasap sikit.
4- titiskan cuka makan sedikit sampai berasap
5- tangaslah dengan asap ini dengan menggunakan kain batik sebagai kepongan.
Ha… faham x? Ke nak soh buat demo? 😅
Kenapa pokok semalu? Apa fungsinya?
Ha…. ini lah perapat semula jadi 🙈 nak cik bunga tambah comel boleh test
Bila bak buat?
Lepas 2 minggu bersalin. Darah nak hanis dah time ni
Berapa kali nak buat?
Buat lah 3 hari berturut
Slamat mencuba adik adik 😘😘😘
Salam sayang dari kak eja
berpantangbynazirafrijand
Info yang baik.
Tq