makanan berpantang keepdara

Berpantang | Makanan Berpantang

Berpantang KeepDara

Akak bagi jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang
.
Ikan kembung – gatal
Ikan cencaru – tajam
Ikan siakap – boleh menyebabkan bentan
Ikan sardin – gatal
.
Semua makanan dalam tin – tinggi garam , angin dan bisa
Sayur kangkung – sejuk dan angin
Timun – sejuk
Terung – sejuk dan boleh menyebabkan bentan
Nenas – tajam dan boleh menyebabkan bentan
Kacang tanah – angin

.
Paling dielakkan oleh ibu bersalin czer kerana boleh menyebabkan luka czer menjadi gatal dan bernanah
.
Santan – sejuk dan angin
.
Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang:-
✅ Ikan haruan
✅ Ikan selar
✅ Ikan gelama
✅ Ikan merah
✅ Ikan Tenggiri
✅ Sayur sawi
✅ Sayur carrot putih
✅ Sayur brokoli
✅ Oren Sunquick
✅ Kismis
✅ Kurma
✅ Madu
✅ Habbatussauda’
✅ Susu kambing
✅ Halia
✅ Bawang putih
✅ Lada hitam
✅ Ulam pegaga
✅ Kunyit Hidup
.
Elakkan makanan bergoreng ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng , contoh ayam goreng , ikan goreng .
.
Jenis masakan paling disyorkan ;

👍 Bakar
👍 Rebus
.
Jenis minuman disyorkan ;
👍 Jus oren sunquick – bagus untuk luka / czer
👍 Air milo panas
👍 kopi panas
👍 Air rebusan daun sireh dan manjakani dan campur gula batu
👍 Air rebusan kunyit 3 hari

Air sejuk dan air batu (ais) wajib pantang sampai 100 hari buat ibu berpantang yang bersalin normal Buat ibu bersalin czer wajib pantang sampai 1 tahun .
.
👉 Ibu berpantang disyorkan makan secara kerap tapi dalam portion sederhana .
.
👉 Elakkan makan nasi sehingga bertambah 2-3 pinggan ya , nanti perut ibu senang buncit dan menggeleber .
.
👉 Kerapkan minum air. Minum sikit tapi banyak kali…sebab kalau ibu kurang minum air , nanti cepat lesu dan pengeluaran susu boleh terjejas
.
Wajib minum sepang 7 hari pertama / sehingga luka kering bagi yang bersalin czer dan diikuti dengan ubat periuk dari hari ke 8 – 44 bagi pemulihan dalaman
.
Semoga adik adik dapat kembali sihat cantik

Selamat Berpantang”
.

Sila share jika bermanafaat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *