Kebiasaanya, ramai yang berkongsi tips ibu berpantang. Hari nie Kak Eja nak tujukan khas pada suami atau bapak budak cara berpantang bagi kaum Adam.
Selepas azan atau iqamat baby, bermulalah pantang suami.
Aiks! Suami pun ada pantangnya ker? Siapa cakap tak ada?
Bukan pantang 100 hari jer tak boleh bersama isteri (Itu jer yang suami ingat!).
Pantang paling besar bagi suami adalah menjaga EMOSI dan PERASAAN isteri.
Mengapa?
Dalam kajian Moden dan tradisional, mereka sependapat supaya suami haruslah bijak mengawal dan menguruskan hal ehwal rumahtangga selepas isterinya bersalin. Tempoh berehat (istilah doktor sekarang ) atau tempoh berpantang ( istilah orang dulu-dulu) untuk ibu-ibu yang lepas bersalin haruslah menjadi keutamaan dan menjadi tanggungjawab suami untuk menguruskan atau ambil alih tugas isteri sebelum ini; cth: Mengemas, memasak, uruskan hal anak dan sebagainya. Suami janganlah lari dari dari tugas membantu isteri dan menggangap proses berehat atau berpantang ini adalah perkara biasa.
Semasa isteri sedang berpantang atau rehat bersalin, suami dilarang atau cuba elakkan dari menyakiti hati dan perasaan isteri walaupun sekecil-kecil hal. Suami kena berpantang dari mudah melenting dan panas baran. “SABAR”.
Ingat, Isteri yang berjuang dan bertarung dengan maut untuk melahirkan zuriat kita. Isteri perlukan sokongan dan bantuan suami untuk pulih sepenuhnya selepas banyak urat dan darah telah putus dan tumpah. Isteri tidak minta lebih, cukup sekadar membantu apa yang patut sahaja.
Isteri yang kepenatan mental dan fizikal selepas bersalin, mengharapkan kasih sayang dan kata-kata semangat dari suami. Barulah namanya “suami Mithali atau macho”.
Bermulalah pantang suami selepas membawa isteri balik ke rumah.
- Jangan memaksa atau mendesak isteri untuk berehat atau berpantang di tempat yang mereka rasa tidak selesa. Buat tempoh nie simpan dulu kuasa VETO tu yer cik suami.
- Tidak menegur apa-apa perubahan pada isteri. Terutamanya saiz dan berat badan isteri.
- Jangan terlalu fokus pada anak sahaja, hingga tidak peduli pada isteri.
- Jangan asyik nak sedap tidur sahaja. Bergilir-gilirlah menjaga bayi.
- Jangan terlalu cerewet pasal pemakanan dalam pantang. Hinggakan semua makanan tidak boleh makan. Abang; isteri awak baru jer lepas bersalin dan perlukan makanan yang sihat untuk pulih.
- Jangan serabutkan isteri dengan masalah. Cerita benda yang sedap didengar sahaja.
- STOP lepak kedai mamak. Sebelum nie lepak kedai mamak dari jam 8 malam sampai 1 pagi sambil nonton bola, berpantanglah dulu. Isteri anda memerlukan anda di sisi dalam tempoh merawat ini.
Kesan paling ditakuti pabila suami yang tidak berpantang dengan betul boleh mengakibatkan si isteri; MEROYAN.
Suami nak ker isterinya terkena angin meroyan?
Meroyan boleh berlanjutan seumur hidup.
Elakkan stress atau kemurungan pada isteri. Sentiasa berdamping dengan isteri. Suami haruslah berpantang dari curang untuk mencari teman lain semasa isteri dalam waktu berpantang. Cik suami tolong JANGAN atau ELAK perkara nie berlaku yer! Kami kaum HAWA merayu sangat-sangat.
Dengan harapan pada suami yang turut berpantang, dapat menambah lagi kasih dan sayang antara pasangan setelah mendapat zuriat yang comel. Kami wanita menghargai dan berterima kasih atas pengorbanan sebagai suami yang mengambil berat dan memberi sokongan pada kami semasa menempuhi liku-liku masa berpantang.
* Pesanan pada wanita untuk minta kongsikan artikel ini pada suami yang tercinta yer.
InsyaAllah… terima kasih atas ingatan ini.
Harapan semua isteri.