Berpantang | Pemilihan Ikan Masa Berpantang

Orang tua dulu-dulu cukup teliti dalam pemilihan ikan untuk diberikan pada anak prempuanya yang lepas bersalin. Bukan apa, takut salah bagi makan ikan yang boleh mengakibatkan gatal-gatal atau tindak balas pada tempat jahit samaada czer atau normal.

Ibu-ibu perlu tahu peraturan makanan ketika berpantang ini agar dapat mengelak dari terkena angin meroyan, sakit-sakit badan, tubuh menjadi lesu dan lain-lain. Pemilihan makanan yang sesuai semasa tempoh berpantang dapat mempercepatkan proses pemulihan dan memberi tenaga yang banyak kepada ibu-ibu terutama yang menyusu badan.

Pemilihan ikan sebenarnya bergantung penerimaan badan juga, setiap orang berbeza. Ada orang boleh makan semua ikan semasa tempoh berpantang. Ada yang tidak boleh makan sesetengah ikan kerana gatal-gatal pada jahitan. Terpulang pada ibu-ibu untuk memilih atau melanggar amalan berpantang dulu-dulu dalam pemilihan ikan masa berpantang. Lebih baik kita amalkan sahaja supaya kita tidak sakit dan luka cepat baik (yang sakit kita).

Jom kita lihat dan teliti senarai makanan dalam pantang yang boleh dan tak boleh diamalkan ketika berpantang. Ibu-ibu, take note ya! 

  • Ikan HaruanSup atau panggang.
  • Jenahak – Sup
  • Ikan Tenggiri – Singgang
  • Ikan Kerisi – Panggang
  • Ikan Selar (hijau) – Panggang
  • Ikan Merah – Stim atau Sup
  • Senangin – Panggang atau singgan

Jenis ikan lain bukan tak boleh dimakan yer, ini kebiasaan yang diamalkan oleh orang dulu-dulu yang terbukti tidak mendatangkan kesan gatal-gatal pada luka.Kalau nak makan juga ikan selain dari list di atas, BOLEH jer. Sebaiknya, makan dulu sikit. Kalau okay tak ada gatal-gatal pada luka atau tiada alahan, teruskan makan. Selamat berpantang!

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda yang tengah dalam fasa berpantang.

Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dan artikel lain di laman keepdara kerana banyak info menarik yang kami ingin kongsikan dengan anda, pembaca setia kami. 

1 thought on “Berpantang | Pemilihan Ikan Masa Berpantang”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *