Berpantang |Makanan Berpantang Czer

Makanan yang berkhasiat sepatutnya diambil oleh semua ibu yang sedang berpantang. Tidak kira bersalin czer atau normal.

Pemakanan semasa berpantang czer membantu badan pulih dengan cepat dan sihat seperti biasa. Pemakanan lebih kurang sama dengan berpantang bersalin normal.

Untuk pemulihan cepat, ibu haruslah menekankan pemakanan yang mengandungi protein yang tinggi, vitamin, karbohidrat dan zat besi.

Antaranya ialah;

  • Ÿ Makanan atau minuman berasakan TENUSU rendah lemak.
  • ŸBijirin
  • ŸBuah dan sayur
  • ŸOat
  • ŸKacang badam
  • ŸPenambahan lada hitam, halia dan bawang putih dalam masakan.
  • ŸBijan

Dalam masyarakat melayu, ada disarankan pengambilan herba tradisional seperti ubat periuk dan sepang kederang yang dipercayai dapat membantu memulih dan mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman selepas pembedahan.

Semasa berpantang czer, elakkan memakan atau memasak makanan yang berlemak dan bergoreng kerana ia tidak bagus untuk proses penyembuhan luka pembedahan. Berat badan bertambah juga salah satu punca tidak amalkan pengambilan makanan semasa berpantang czer.

Elakkan juga memakan makanan pedas dan berangin supaya tidak ada kesan buruk pada anda dan bayi yang menyusu.

** Setiap orang berbeza tahap imunisasi dengan seseorang. Berpantang czer ini adalah sebagai garis panduan sahaja. Pilihan ditangan anda.

Setiap ibu lepas bersalin di larang membuat kerja berat atau kerja-kerja rutin buat sementara waktu. Terutama bagi ibu-ibu yang bersalin melalui pembedahan. Perlu diberi rawatan dan pemulihan khusus.Suami atau penjaga ibu bersalin czer ini perlu menitik beratkan pengambilan dan pemakanan supaya luka dalaman tidak sakit dan bernanah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *