
Assalamualaikum. Salam pagi Jumaat dan salam sejahtera pada semua.
Biar betul akak nie, nak susukan bayi pun nak bagi tips bagai!
Takper dik, kalau adik dah expert kongsikan ajer pada kawan-kawan dapat pahala. Mungkin info ini tak bermakna buat kita tapi mungkin insan di sekeliling kita memerlukannya.
Sebelum akak cerita lebih lanjut tentang penyusuan bayi selepas bersalin, kita bermula dari semasa mengandung supaya kita tidak terpengaruh atau terpedaya pada permainan minda dan mitos dari orang sekeliling kita terutama rakan sekerja atau jiran sebelah rumah. Buangkan prasangka negatif yang dibicarakan mereka. Usah terlalu fokus kepada bicara tentang mereka pasal “Tidak dapat menyusu anaknya”. Jangan ambil serius supaya kita tidak terpengaruh. Kita sepatutnya mendalami ilmu cara yang berkesan untuk menyusukan anak. Ramai ibu-ibu sekarang tidak dapat menyusukan bayi mereka kerana ilmunya cetek dalam bab penyusuan anak. Apabila kita fokus pelajari ilmu penyusuan bayi, InsyaAllah automatik sistem otak dan badan meransang untuk pengeluaran susu badan. Tidak perlu menyelidik pasal cerita mereka yang tidak dapat menyusukan anak mereka takut nanti permasalahan mereka menghantui perasaan kita yang akan buat kita rasa stress atau takut perkara itu akan berlaku pada diri kita pula. Kawan kita itu mungkin sudah terpengaruh dengan kawannya sebelum ini yang tidak dapat menyusukan anaknya!
Belum bersalin sudah standby susu formula! Dalam diri sudah siap pasang niat untuk berikan susu formula pada anaknya. Dah standby susu formula lembu dan soya untuk bakal anaknya. Sepatutnya kita kenal pasti saudara mara terdekat dan rakan taulan yang sama-sama mengandung dan sudah dekat untuk melahirkan anak. Perancangan awal untuk jadikan ibu susuan. Banyak kebaikan diberikan bayi kita pada mereka untuk dijadikan ibu susuan. Dalam islam (Al-quran dan Hadith) pun ada menceritakan kebaikannya. Inilah persiapan yang sepatutnya kita rancang kalau perkara tersebut terjadi pada kita nanti. Wanita diciptakanNya kuat walaupun selepas bersalin normal atau czer, diberikan kekuatan untuk memberi susu kepada anaknya dalam keadaan masih lemah. Dengan lambakan susu tepung dipasaran sekarang, banyak ibu tidak pedulikan penyusuan badan. Bila diri dah di setting macam tu, susu badan kita akan kering. Anak kita memilih untuk meminum susu tepung sahaja. Susu tepung bukan murah dik!
Jangan takut nak beli barang tambahan seperti “Breastpump”. Bagi pasangan sekarang, barang ini tidak penting difikirkan masa hamil. Lebih penting fikirkan stroller baby, baby seat car, katil bayi, besen mandian bayi dan banyak lagi barang mengarut yang tidak berapa penting untuk anak kita nanti. Sebenarnya breastpump itu amat penting dibeli semasa hamil lagi terutama bagi pasangan yang akan menyambut anak sulung. Pengalaman menyusu belum ada. Alat ini mampu menolong ibu-ibu untuk dapatkan susu. Senang dan selamat.
Semasa berpantang pula, setkan masa pada bayi waktu sesuai untuk menyusu. Setiap berapa jam harus diberi susu badan. Kalau rasa anak kita itu terlalu kerap menyusu, berikannya masa yang panjang untuk untuk anak kita menyusu. Gunakan satu payudara sahaja. Hati ibu harus tenang dan sabar. Jangan gopoh gapah masa menyusukan bayi! Jangan fikirkan kerja rumah atau sibuk dengan telepon pintar. Tatapi dan renunglah muka anak dan belai dengan kasih sayang anak kita itu. Usap kepala anak kita itu dengan lembut sambil memuji kebesaranNya. Bila kita tidak fokus masa menyusu anak, mungkin anak kita tidak kenyang dan akan meragam.
Bila dah ada alat “Breastpump” tu janganlah pulak culah atau buat-buat lupa untuk mengepam susu. Petikan ini sesuai untuk ibu-ibu yang akan menyambung kembali pekerjaan selepas bercuti bersalin. Biasakan dulu dengan alat ini. Bila dah start kerja kita dah menjadi biasa. Cuba buat stok dulu. Untuk dapatkan susu berapa lama masanya untuk dipam sama seperti quantiti kebiasaan kita bagi minum pada bayi kita itu (normal feeding). Kalau kita pam mengambil masa yang lama, ini bermakna kita kena standby awal susu yang nak dibuat stok masa ketiadaan kita nanti selepas kita sambung bekerja. Standby kalau-kalau susu yang kita pam itu keluar sedikit. Jangan rasa rendah diri bila susu yang kita pam itu keluar sedikit yer! Sabar dan terus fikirkan yang positif. Tapi ingat! Susu yang ingin dibuat stok itu dilabel mengikut hari atau tarikhnya.
Mana satu nak ikut nie! Bawaan mulut dan pantang larang yang mana satu nak diikuti. Nak bagi susu kat anak pun banyak kena fikirkan! Ada yang suruh selang-selang payudara semasa menyusu bayi, dan ada yang kata fokus pada sebelah sahaja. Bagi akak, buat secara praktikal dan logik. Kita yang tahu tentang susu badan kita. Mana yang penuh mana yang dah kurang. Bagi bayi kita menyusu badan sebelah payudara yang berisi. Mengapa? Takut nanti bengkak susu. Sakit dik oiiii!. Gilir-gilir menyusu supaya susu badan kita tak membazir. Senangkan. Anak kenyang Ibu gembira. Kalau banyak boleh simpan buat stok yer adik-adik. Pasal takut kita dalam keadaan kurang sihat atau tak berupaya menyusu keesokkan hari.
Bila kita dah kembali masuk kerja, pastikan amalan yang biasa kita lakukan masa berpantang tempoh hari. Biasakan mengepam susu dan simpan. Mengapa? Sistem badan kita biasanya bertindak balas apa yang kita biasa lakukan. Samalah dengan payudara kita. Kalau kita tinggalkan atau tidak amalkan seperti biasa, kita kehilangan ransangan seakan bayi tengah menyusu badan kita. Dengan mengamalkan menggunakan breastpump di tempat kerja diharap susu kita kekal dan tidak berkurang.
Mitos atau betul bayi yang kurang dari 6 bulan JANGAN diberi makan lagi? Ada betulnya ada salahnya. Mengikut peredaran zaman. Zaman dulu tidak sama dengan cara zaman sekarang. Fikirkan keselamatan bayi adalah menjadi keutamaan kita. Kalau rasa betul, ikut sahaja saranan sehingga 6 bulan baru diberikan makan. Mungkin bayi itu sudah kenyang dengan campuran susu badan dan susu formula. Ada sesetengah yang betul-betul 100% berikan susu badan mereka, anaknya sudah diberikan makanan selepas 3 bulan. Fikirkan yang mana selamat untuk kita yer! Kalau rasa 6 bulan, ikut jer 6 bulan. Tak perlukan jadikan ia satu isu besar. Emak kita dulu beri air beras jer kat kita selepas 2 bulan. Sekarang, zaman banyak telah mengubah kehidupan kita. Satu lagi akak nak sharekan amalan orang tua dulu-dulu, diaorang amalkan minum air sepang kederang untuk tambah dan perbanyakkan susu badan. Meriah susu badan orang dulu-dulu. Luka selepas bersalin pun cepat baik kesan dari meminum air akar kayu tradisional. JANGAN PERCAYA, BUAT JER. Baru kita tahu yer atau tak.
Untuk penyusuan sempurna, Jauhi “STRESS”. Bahagiakan diri sendiri. Suami patut selalu berada di samping isteri. Berbual yang indah-indah. Suami jangan merendahkan isteri atau menyinggung perasaan isteri. Yerlah mana nak sama zaman anak dara dengan zaman sudah beranak! Banyak yang dah berubah. Luar dan dalam. Tapi itu bukannya pengakhiran selepas bersalin. Kita boleh dapatkan set penjagaaan luar dan dalam selepas bersalin yang selamat digunakan dipasaran. Mungkin lebih kurus atau lebih rapat lagi berbanding sebelum beranak. Harap semua wanita lebih sihat, lebih cantik luar dan dalam selepas bersalin. Carilah set rapat memikat untuk mengikat suami dari berubah hati!
Selamat berpantang dan Selamat hamil pada adik2 kak eja
Kak eja@nazira frijand