“Doktor pon belajar dengan Makcik Bidan”
Perkongsian cerita;
Satu pengalaman dan juga ilmu yang tidak akan saya lupakan bila saya berjumpa dengan Makcik Chik, merupakan salah seorang Mak Bidan yang tertua di Kemaman yang masih lagi sihat mengurut wanita lepas bersalin dan yang bermasalah.
Walaupun sudah berusia hampir dekat 70an tetapi masih kuat lagi tenaga beliau mengurut. Beliau memberitahu dan berpesan kepada saya satu perkara :
Pada pertengahan kalender Islam setiap 15hb -21hb bulan Islam biasanya cacing akan bertelur dan membiak-biak dalam usus manusia. Ini panggil proses cacing bersenggama . Walau pun tidak terbukti secara perubatan moden, saya percaya akan maklumat ini berdasarkan perubatan tradisional dan perbidanan Melayu yang diperolehi dari kitab kitab TIBB.(Manuskrip Perubatan Melayu)
Dari pengalaman saya sendiri dengan orang yang meminta consultation mengenai perubatan tradisional melayu terutama bila mereka (pesakit) bertanya :
❎Kenapa saya mengambil apa-apa supplement atau vitamin , ubatan herba tidak nampak kesan kepada saya?
❎Kenapa saya sering rasa gatal-gatal di kawasan tertentu, penyakit di hadapi payah sembuh walaupun sudah beberapa kali berjumpa doktor mendapatkan perawatan diberi ubat dan antibiotik hilang sekejap tetapi berulang lagi.
❎Kenapa saya mudah selalu gastrik / masuk angin dan perut jadi sensitif .Badan tidak bertenaga. Kadang-kadang saya makan sudah terlalu banyak tetapi masih lagi lapar di waktu tengah malam?
Perut saya buncit berbunyi sesuatu dalamnya.
✅ Saya tanya bila kali terakhir mengambil ubat cacing? Rata-rata memberitahu di ketika usia budak zaman sekolah dahulu..😱
Bayangkan , jika anda sudah berusia 40 tahun 50an pelbagai jenis cacing beranak pinak dalam badan anda!!😳
Sekarang ini , bila kita mengambil ubat cacing , cacing tidak akan keluar seekor demi seekor seperti zaman dahulu. Cacing-cacing akan hancur melalui najis. Jangan takut mengambil ubat cacing.
Jangan ambil mudah dengan masalah kecacingan kerana kebanyakan kita mungkin beranggapan cacing hanya berada di dalam usus sahaja. Sebenarnya jangkitan cacing boleh berlaku di mana-mana bahagian badan – mata, hati, paru-paru, salur darah. Sebab itu ada pepatah melayu, “jangan sampai cacing naik ke mata.” Jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit , dari pemakanan harian kita juga.
Tanda-tanda kecacingan:
🔵 Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
🔵 Alahan kulit yang teruk – bengkak atau ruam dan gatal terutama pada waktu malam
🔵Gatal sekitar lubang najis (dubur)
- Alahan terhadap makanan
🔵Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit.
🔵 Anemia – kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
*🔵Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
🔵 Tiada selera makan, pucat.
🔵 Kurang berat badan walaupun selera makan ada.
🔵 Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
*🔵Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata.
- Hiperaktif
- Sakit kepala
- Sensitif terhadap cahaya
- Gusi dan hidung berdarah
- Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
Tidak semua jangkitan cacing itu merbahaya tetapi rawatan serta pencegahan awal harus dipertimbangkan demi kesihatan dan kualiti hidup.
Satu kes menggemparkan yang berlaku di Hospital Kemaman , yang di uruskan oleh Dr. Juliana Dato Aziz , merupakan sahabat baik saya pada tahun 2007.
” Dr Juliana , camne kes ini boleh berlaku?”
“Seorang makcik yang berusia 60an , datang ke hospital kerana mengalami kesakitan dalam perut yang amat sangat. Selepas di diagnosis tidak ada apa apa masalah di dalam bahagian perutnya. Akhirnya pihak kami terpaksa melakukan pembedahan, akhirnya ternampak sesuatu di kawasan usus makcik tersebut, bergolak golak seperti ombak. Setelah ditebuk maka nampaklah cacing putih yang sangat banyak. Dikeluarkan hampir sebesen !”
Saya sedang membayangkan sebesen itu !
” Bila di tanya makcik tersebut , apa yang makcik makan ya ? Katanya makcik suka makan ulam ulaman”
“The moral of story nya di sini pesan Dr Juliana bukan salah makan ulam ulaman , apa yang perlu ialah mengambil ubat cacing yang sepatutnya !”
“Selepas kes yang berlaku dihospital Kemaman semua doktor dan nurse mengambil ubat cacing pada hari itu termasuk saya” gelak Dr Juliana.
Anda semua bila kali terakhir ambik ubat cacing ya?
Mcm ni pun ade yeee.. byak sy dpt ilmu drpd blog kak eja..
Tq