berpantang keepdara

Berpantang | Period Berbau Busuk

Berpantang keepdara

PERIOD BERBAU BUSUK?

Salam adik adik… rasanya lama tak menulis jadi bila berkesempatan ni akak share lagi tentang permasaalahan yang selalunya dianggap biasa tapi sebenarnya x normal.

Permasaalahan period / miss v yang berbau busuk ni bukan saja memberi ketidak selesaan pada kita tapi juga pada orang yang dekat dengan kita… apatah lagi pada suami yang tidur sekatil dengan kita.

Macam mana nak tau period / miss v kita berbau kak?Baunya hanyir seperti ikan dan ada masa orang di sebelah pon boleh bau hanyir tu…

Apa punca berbau ya kak?

Dari segi scientific nya period berbau ini adalah disebabkan jangkitan kulat / bacteria di rahim atau di saluran miss v kita. Ada pelbagai jenis bakteria yang ada dan ada jangkitan yang menampakkan sintom seperti gatal , rasa panas dan sakit ketika kencing manakala ada juga yang langsung tak mempunyai sintom tetapi menghasilkan bau / keputihan yang terok.

Dari segi perawatan tradisinya bau ini dikatakan disebabkan oleh air busuk tak habis keluar ketika berpantang. Dan air busuk ini lah yang mengakibatkan gangguan pada Ph dalaman kita seterusnya mengakibatkan jangkitan yang menghasilkan bau. Ideologinya sama cuma terma nya berbeza

Lebih malang lagi bukan sahaja miss v dan period boleh berbau hanyir, tetapi badan si pengidap masaalah ini juga akan turut berbau hanyir seandainya tiada rawatan dibuat.

Jadi sila kenali / ambil tahu akan bau yang dihasilkan oleh miss v anda. Miss v / period normal akan berbau seperti bahan logam.

Awasi juga lelehan yang keluar dari miss v kita kerana ia membri petunjuk akan kesihatan dalaman kita.

Segeralah dapatkan rawatan sekiranya adik adik mengalami syintom diatas…

Salam Sayang,
Kak Eja

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *