6 LARANGAN UNTUK IBU YANG HAMIL DENGAN URI KEBAWAH / PLACENTA PREVERA
.
Plasenta previa, atau uri di bawah ialah keadaan dimana kkedudukan uri kita berada di pertengahan bawah rahim.
.
Ini menyebabkan pembukaan serviks (bahagian rendah rahim yang menuju ke faraj) tersekat atau separa tersekat.
.
Plasenta / uri ini adalah organ yang berfungsi sebagai sistem sokongan hidup pada janin yang sedang berkembang dengan membawa oksigen dan makanan dari ibu kepada bayi.
.
Ia juga menyingkirkan sisa-sisa dari darah bayi.
.
Plasenta adalah tempat asal di mana tali pusat bayi mula berkembang dan melekat pada dinding rahim.
.
Sekiranya ibu hamil mengalami plasenta atau uri rendah, ini boleh menghalang pembukaan serviks semasa bersalin dan ibu itu perlu melahirkan anak melalui pembedahan.
.
Jika kita di diagnose dengan plasenta previa, ada beberapa hal dan aktiviti yang sebaiknya dihindari oleh ibu. Ini supaya tidak menimbulkan komplikasi berbahaya lainnya. Berikut informasi dari Berpantang by Nazira Frijand.
.
- MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN
.
Dari American Pregnancy Association, melakukan hubungan intim merupakan salah satu aktiviti yang seeloknya dihindari seandainya kita mempunyai uri kebawah. Ini adalah untuk mengelakkan pendarahan. jadi seeloknya berbincanglah dengan suami tentang pemasalahan ini.
. - MELAKUKAN KERJA BERAT
.
Seandainya adik adik di dignosed dengan uri kebawah, Bedrest / pembaringan adalah salah satu perkara yang amat disarankan terutama bagi yang menghampiri waktu melahirkan. elakkan membuat kerja berat kerana ini juga boleh mendedahkan adik adik kepada pendarahan dan komplikasi lain.
.
Hindari dulu aktiviti berat dan aktiviti aktiviti yang memerlukan adik adik bergerak / berjalan lama kerana gerakan dan tekanan berlebihan pada kehamilan dengan plasenta previa dapat meningkatkn risiko perdarahan dan membahayakan janin.
.
3.STRESS DAN BANYAK BERFIKIR
.
Bukan saja aktiviti fizikal yang perlu dielakkan, masaalah pada mental adik adik juga perlu diambil berat. Cik suami sila alert ya… masalah pada mental contohnya stress, banyak fikir dan deprasi senang menyerang ibu ibu beruri rendah ini, jadi sokongan dan pemantauan dari suami dan keluarga amat penting untuk memastikan kesihatan ibu ibu. Ini adalah untuk mengelakkan pemasalahan lebih serius membawa ke selepas melahirkan
.
Stres dapat membawa kepasa ketidakseimbangan hormon serta masalah kesehatan lainnya yang dapat mengganggu kesehatan ibu hamil.
.
Selain itu, ibu ibu stress akam mengalami masaalah sukar tidur, tidak berselera dam menjadi penyendiri. Kombinasi efek-efek stres ini sangatlah tidak baik bagi kesehatan ibu hamil. Jadi sila awasi emosi isteri anda.
. - PAKSA DIRI UNTUK BERSALIN NORMAL
.
Jika di diagnosed dengan uri kebawah sebaiknya adik adik bersifat terbuka dan membenarkan option untuk bersalin secara pembedahan dilakukan. Walaupun kita masih boleh berusaha secara tradisionalnya, tapi seeloknya siapkan diri untuk menghadapi pembedahan.
.
Simpan kepercayaan bahawa nyawa kita dan anak adalah yang paling utama untuk didahulukan.
.
Discuss dengan dokter anda tentang keadaan terkini dan cara bersalin uang paling sesuai untuk adik adik. Jangan memaksa diri untuk menidakkan.
. - MELAKUKAN PERJALANAN JAUH
.
Elakkan Travel seandainya adik adik berkondisi ini. Adik adik yang kepenatan boleh mengakibatkan bayi yang dikandung menjadi stress. Selain itu seandainya masaalah pendarahan terjadi, adik adik akan perlukan masa untuk mendapatkan rawatan dan ini amatlah membahayakan pada ibu dan bayi yang dikandung
. - MAKAN MAKANAN YANG PEDAS DAN TIDAK BERZAT
.
Pastikan adik adik mendapat nutrisi terbaik saat kehamilan terutama bagi yang hamil dengan uri kebawah.
.
Hindari makanan yang pedas berlebihan dan tidak mengandungi nutrisi sehat, misalnya seperti junk food.
.
Kebiasaan ini boleh memberi gangguan kepada ibu yang mengalami kehamilan yang lebih lemah dan juga mengganggu kesehatan janin.
.
Jadi sila pastikan makanan anda adalah makanan yang sihat.
.
Consult dokter selalu bagi memastikan tahap kesihatan adik adik terkawal.
.
Dari segi petuanya adik adik boleh cuba amalkan senaman merangkak untuk membantu menaikkan uri.
Tq akak utk ilmu ni.. ❤️
Tips yang bagus Dan bermanfaat, khusus untuk ibu2 yang baru bersalin Dan tidak mempunyai pengalaman berpantang sebelum ini. Highly recommended. Simple, but full of information.
Tips yg menarik dan mudah faham..
Very good info.. Tq for sharing kak eja 😘