Berpantang | Bersalin Czer

Pembedahan Caesarean (czer) dikategorikan sebagai pembedahan major. Maka, ada beberapa perkara penting yang perlu anda elakkan, terutamanya bagi penjagaan pantang bersalin pembedahan. Ini kerana, otot dalaman dan luka memerlukan rehat dan penjagaan supaya cepat sembuh dan  dapat kembali menguruskan kehidupan harian dengan lebih efisyen dan pulih sepenuhnya.

Berpantang czer memerlukan penjagaan teliti dan tidak boleh dipandang ringan oleh suami. Suami juga harus memainkan peranan penting semasa proses berpantang czer. Bantu isteri dalam menguruskan kehidupan rumahtangga. Tegah isteri dari melakukan kerja-kerja berat dan rutin. Biarlah isteri berehat dulu untuk memulihkan luka luar dan dalam.

Ibu yang bersalin czer haruslah mengikuti nasihat doktor dan amalkan amalan berpantang yang di ajar atau diturunkan oleh nenek moyang kita dulu-dulu. Ini adalah jaminan untuk kesihatan dan kebaikan kita selepas tamat waktu berpantang. Nak nampak cantik dan sihat luar dan dalam, haruslah memerlukan sedikit pengorbanan dari diri kita sendiri. Bersalin czer kalau tak berpantang betul boleh menyebabkan berat badan kita bertambah dan luka didalam tidak pulih sepenuhnya walaupun luka di luar sudah nampah pulih.

Ibu haruslah menjaga luka pembedahan luar supaya sentiasa kering dan disapu ubat yang diberikan oleh doktor. JANGAN sesekali mengambil mana-mana ubat yang tidak disyorkan oleh doktor. Untuk penyembuhan luka dalaman, perubatan tradisional boleh membantu untuk mempercepatkan proses pemulihan. Amalkan meminum air sepang kederang. Dalam kajian perubatan, sepang kederang mempunyai antiseptik semulajadi yang mampu membantu proses penyembuhan luka pembedahan.  

Penyusuan bayi juga dapat mempercepatkan proses rawatan luka selepas bersalin czer.

Bagi wanita bersalin czer yang ingin memakai bengkung atau bertungku, juga tidak ada larangannya. Pemakaian bengkung dan bertungku adalah sesuai untuk ibu-ibu yang ingin nampak cantik atau ingin mengekalkan bentuk badan asal macam anak dara dulu-dulu. Tetapi harus di ingatkan, pemakaian bengkung bagi wanita bersalin czer sedikit berbeza. Bengkung haruslah di ikat ketat kecuali pada bahagian atau dekat kawasan luka pembedahan. Longgarkan sedikit di kawasan czer itu. Sama juga untuk ibu yang ingin bertungku, bertungku boleh dilakukan di kawasan lain kecuali tempat luka czer. Misalnya di betis, bahagian belakang, punggung dan celah peha. Mengekalkan kehangatan amat bagus untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak.

Rasai dan alami berpantang secara tradisonal yang menggunakan herba semulajadi dari hutan yang dapat merawat dan membantu dalam proses tempoh berehat selepas bersalin. Terapi diri dengan mandian air serom, sapuan param dan pilis, meminum air  rebusan ubat periuk semasa berpantang untuk merasai perbezaan sebelum bersalin.

Bagi ibu yang bersalin czer elakkan dari melakukan perkara dibawah selagi merasai luka pembedahan belum pulih sepenuhnya:-

  • Aktif melakukan kerja rumah rumah atau mengangkat benda yang berat. Kurangkan pergerakan di bahagian perut.
  • Batuk. Jaga pemakanan.
  • Berendam dalam air panas. Mandi itu bagus, tetapi jangan berendam dalam air panas di dalam tab mandi. Selepas mandi keringkan di kawasan luka czer itu.
  • Hubungan intim. Sabar dulu. Biar betul-betul pulih di dalam dan di luar.
  • Melayan perasaan. JANGAN dilayan perasaan negatif. Jauhkan kemurungan.
  • Bersenam. Sabar dulu yer.
  • Jangan ambil mudah penyusuan ibu. Kerapkan bagi susu pada bayi untuk cepatkan proses penyembuhan luka czer.

Harap dengan sedikit perkongsian ini dapat meringankan dan menjawab persoalan mengenai berpantang czer. Kak Eja doakan adik-adik yang bersalin czer cepat sembuh dan nampak cantik selepas mengamalkan berpantang secara teratur dan berterusan.

1 thought on “Berpantang | Bersalin Czer”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *