Berpantang | Sayur Digalakkan Dalam Berpantang

Perkongsian kali ini mengenai amalan pemilihan sayuran semasa tempoh berpantang yang di amalkan dan diturunkan oleh orang dulu-dulu bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Pemilihan pemakanan berpantang adalah satu perkara yang penting dalam membantu perawatan dalaman. Dari penyampaian orang dulu-dulu, ada sayur yang BOLEH dimakan, dan ada yang tidak digalakkan dan harus dilupakan seketika sementara dalam waktu berpantang. Maksud tidak digalakkan (dielakkan) disini bukannya melarang terus atau tidak boleh dimakan, ini kerana setiap individu berbeza tahap antibodi atau alahan. Tetapi orang tua dulu membandingkan nisbah purata yang besar yang mengalami alahan atau kesan sampingan dari kesilapan memilih sayuran yang tidak boleh dimakan.

“Orang tua dulu memberi tumpuan penting di dalam pemakanan berpantang kerana mereka percaya dengan amalan ini dapat memberi kebaikan dan kesihatan yang berpanjangan semasa dan selepas habis berpantang. Memang tidak dapat dinafikan lagi dengan pemilihan sayur-sayuran yang mereka rasa elok untuk dimakan semasa tempoh berpantang dapat mengelakkan si ibu dari sakit urat, deman, kegatalan, bisa-bisa badan dan mengelak kesan buruk kepada bayi yang menyusu badan”.

Di sini kak eja senaraikan sayur yang di ajar oleh arwah nenek. Mungkin pemilihan sayur dari kak eja berbeza dengan amalan yang diamalkan oleh pembaca tips ini. Tapi tujuannya masih sama, kesihatan ibu diutamakan. Kunci sebenar pemilihan makanan berkhasiat yang mampu mengembalikan tenaga dan kesihatan ibu. Terpulang kepada ibu-ibu untuk mengikut pantang larang tersebut atau pun tidak. Sayuran yang BOLEH DIMAKAN semasa dalam pantang;-

Boleh Dimakan
  • Sawi Hijau
  • Lobak Putih
  • Lobak Merah
  • Bawang Besar
  • Bawang Putih
  • Brokoli
  • Kunyit
  • Peria Katak
  • Ulam Raja
  • Pucuk Mengkudu
  • Halia Muda

Biasanya sayuran yang berangin dan bersifat sejuk atau berangin tidak digalakkan untuk dimakan. Apa pun tengok badan juga. Kalau badan jenis tahan dan tak beri kesan ketara makanlah. Tapi orang kata, sekarang tak rasa nanti dah berusia baru rasa sakit badan tu. Sayuran yang TIDAK BOLEH DIMAKAN semasa dalam pantang;-

Sayur yang tidak boleh dimakan ketika dalam berpantang
Sayur Yang Tidak Boleh Dimakan
  • Pucuk Ubi Kayu
  • Petola
  • Kangkung
  • Timun
  • Rebung
  • Labu
  • Bayam
  • Terung
  • Jering
  • Petai
  • Kacang Panjang
  • Kacang Botol
  • Bunga Kubis

Akhir sekali, pastikan adik-adik minum air kosong dengan cukup sepanjang berpantang. Jangan takut untuk minum air disebabkan rasa sakit semasa membuang air kecil. Bukan jangan minum banyak air tetapi kerapkan meminum air dalam jarak masa yag sesuai. Kak Eja perbetulkan tanggapan ibu-ibu zaman sekarang yang tersalah tafsir berkenaan larangan meminum air yang banyak. Badan kita perlukan air yang secukupnya untuk rawatan dan pemulihan semasa dalam tempoh berpantang dan bagus untuk ibu yang menyusu badan.

Moga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat.

Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa “LIKE” atau “COMMENT” untuk sama-sama kita mendapat barkah perkongsian dari pendapat masing-masing.

Wassalam
Kak Eja

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *